KEGIATAN EKONOMI ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW ( ABAD KE-7M )
BINCANGKAN CIRI-CIRI DAN KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT MADINAH
PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW.
PENGENALAN
1. Konsep ekonomi Islam merujuk kepada suatu ilmu yang
mengkaji kegiatan manusia selaras dengan tuntutan syariat sama ada di peringkat
perolehan, penggunaan atau pengurusan
sumber untuk kebaikan diri dan masyarakat dan negara dari segi rohani dan
jasmani bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT.
2. Ekonomi Islam berasaskan konsep tauhid bagi melahirkan
manusia yang beriman, amanah dan
bertanggungjawab untuk mengendalikan harta benda dan wang yang diamanahkan oleh
Allah kepada manusia.
3. Penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah telah mengubah
sistem ekonomi yang dijalankan di Madinah.
Sebelum hijrah, aktiviti ekonomi
di Madinah dimonopoli oleh kaum Yahudi.
ISI
a. Ciri-ciri ekonomi masyarakat Madinah
i.Sumber wahyu merupakan asas kepada penggubalan dan pelaksanaan
segala kegiatan ekonomi yang melibatkan umat Islam khasnya dan umat manusia
amnya.
ii.Mengharamkan segala aktiviti dan amalan yang berunsur
penindasan seperti riba, penipuan, rasuah dan monopoli sebagaimana yang
diamalkan oleh masyarakat kaum Yahudi di Madinah.
iii.Pengagihan kekayaan secara sama rata melalui kewajipan
berzakat dan galakan bersedekah.
iv.Prinsip utama berasaskan keadilan dan mementingkan
kebajikan. Contoh, golongan Muhajirin yang berhijrah ke Madinah
telah dibantu oleh golongan Ansar atas prinsip keikhlasan dan persaudaraan
berasaskan akidah yang sama.
b. Kegiatan ekonomi masyarakat Madinah
i.Pertanian
· Menjadi punca ekonomi yang utama kerana Madinah merupakan
kawasan yang subur.
· Golongan Muhajirin dan Ansar mengusahakan tanah sebagai
aktiviti utama.
· Kebanyakan golongan Ansar terlibat dalam bidang pertanian.
· Golongan Muhajirin juga melakukan aktiviti bertani,
mengurus dan menyelenggarakan kebun tamar golongan Ansar.
· Kerjasama
yang tidak terbatas antara golongan
Muhajirin dan Ansar membawa kejayaan kepada golongan Muhajirin dan dapat
memulakan kehidupan baru setelah berhijrah ke Madinah.
ii.Perdagangan
· Terdapat beberapa pasar harian dan bermusim di dalam dan
di sekitar Madinah.
· Pasar-pasar tersebut terus berkembang pada zaman Islam
seperti pasar Ukaz, Zu al-Majaz,
Majannah dan Hubashah.
· Nabi Muhammad SAW menerapkan sistem ekonomi Islam
berasaskan aspek moral yang terpuji dalam perdagangan.
· Islam melarang amalan yang diharamkan seperti
perdagangan barangan yang tidak halal,
pengambilan riba, penipuan dalam
· sukatan dan timbangan, monopoli dan penindasan dalam perdangangan.
· Nabi Muhammad SAW
bijaksana dan mempunyai visi dalam membangunakan Madinah dengan menggunakan lokasi Madinah
yang strategik bagi menjadikan Madinah sebagai pusat perdagangan.
· Kedudukan Madinah yang berada di tengah-tengah kesibukan
jalan perdagangan antara Yaman dan Syam.
Malah pedagang dari arah Makkah dan Ta’if juga menggunakan jalan ini
sebagai laluan utama.
· Keadaan ini telah menggugat aktiviti perdagangan kaum
Quraisy dari Makkah ke Syam atau Yaman.
KESIMPULAN
-Perancangan Nabi Muhammad SAW dalam bidang ekonomi adalah
mengikut syariat Islam dan telah menjadikan Madinah sebagai pusat kegiatan
ekonomi yang penting.
-Malah ekonomi di Madinah tidak lagi dimonopoli oleh kaum
Yahudi di Madinah.