Tuesday, 12 April 2016

Sejarah STPM P2 (Tema 2)

KEGIATAN EKONOMI ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW ( ABAD KE-7M )

BINCANGKAN CIRI-CIRI DAN KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT MADINAH PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW.

PENGENALAN
1. Konsep ekonomi Islam merujuk kepada suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia selaras dengan tuntutan syariat sama ada di peringkat perolehan,  penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri dan masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT.
2. Ekonomi Islam berasaskan konsep tauhid bagi melahirkan manusia yang beriman,  amanah dan bertanggungjawab untuk mengendalikan harta benda dan wang yang diamanahkan oleh Allah kepada manusia.
3. Penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah telah mengubah sistem ekonomi yang dijalankan di Madinah.  Sebelum hijrah,  aktiviti ekonomi di Madinah dimonopoli oleh kaum Yahudi.

ISI

a. Ciri-ciri ekonomi masyarakat Madinah
i.Sumber wahyu merupakan asas kepada penggubalan dan pelaksanaan segala kegiatan ekonomi yang melibatkan umat Islam khasnya dan umat manusia amnya.
ii.Mengharamkan segala aktiviti dan amalan yang berunsur penindasan seperti riba,  penipuan,  rasuah dan monopoli sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat kaum Yahudi di Madinah.
iii.Pengagihan kekayaan secara sama rata melalui kewajipan berzakat dan galakan bersedekah.
iv.Prinsip utama berasaskan keadilan dan mementingkan kebajikan.  Contoh,  golongan Muhajirin yang berhijrah ke Madinah telah dibantu oleh golongan Ansar atas prinsip keikhlasan dan persaudaraan berasaskan akidah yang sama.

b. Kegiatan ekonomi masyarakat Madinah
i.Pertanian
· Menjadi punca ekonomi yang utama kerana Madinah merupakan kawasan yang subur.
· Golongan Muhajirin dan Ansar mengusahakan tanah sebagai aktiviti utama.
· Kebanyakan golongan Ansar terlibat dalam bidang pertanian.
· Golongan Muhajirin juga melakukan aktiviti bertani, mengurus dan menyelenggarakan kebun tamar golongan Ansar.
·    Kerjasama yang  tidak terbatas antara golongan Muhajirin dan Ansar membawa kejayaan kepada golongan Muhajirin dan dapat memulakan kehidupan baru setelah berhijrah ke Madinah.
ii.Perdagangan
· Terdapat beberapa pasar harian dan bermusim di dalam dan di sekitar Madinah.
· Pasar-pasar tersebut terus berkembang pada zaman Islam seperti pasar Ukaz, Zu al-Majaz,  Majannah dan Hubashah.
· Nabi Muhammad SAW menerapkan sistem ekonomi Islam berasaskan aspek moral yang terpuji dalam perdagangan.
· Islam melarang amalan yang diharamkan seperti perdagangan  barangan yang tidak halal, pengambilan riba, penipuan dalam
· sukatan dan timbangan, monopoli dan penindasan dalam perdangangan.
· Nabi Muhammad SAW  bijaksana dan mempunyai visi dalam membangunakan  Madinah dengan menggunakan lokasi Madinah yang strategik bagi menjadikan Madinah sebagai pusat perdagangan.
· Kedudukan Madinah yang berada di tengah-tengah kesibukan jalan perdagangan antara Yaman dan Syam.  Malah pedagang dari arah Makkah dan Ta’if juga menggunakan jalan ini sebagai laluan utama.
· Keadaan ini telah menggugat aktiviti perdagangan kaum Quraisy dari Makkah ke Syam atau Yaman.

KESIMPULAN
-Perancangan Nabi Muhammad SAW dalam bidang ekonomi adalah mengikut syariat Islam dan telah menjadikan Madinah sebagai pusat kegiatan ekonomi yang penting.
-Malah ekonomi di Madinah tidak lagi dimonopoli oleh kaum Yahudi di Madinah.


No comments:

Post a Comment